Bila disebut mengenai Mirwana,pasti yang akan kaitkan kumpulan tersebut dengan bekas ahli mereka yang kini telahpun menjadi artis solo yang begitu popular,iaitu Faizal Tahir.Malah,apabila mereka mendapat tahu bahawa Mirwana telah menukar imej dan genre nyanyian mereka,ada pula yang cuba mengaitkan mereka dengan artis tersebut.Tapi Mirwana telahpun menegaskan bahawa perubahan yang dilakukan ini langsung tiada kaitan dan sangkut paut dengan Faizal Tahir.Mereka(Mirwana) mengatakan bahawa mereka tidak mahu lagi dianggap sebagai artis nasyid sebaliknya digelar sebagai kumpulan vokal yang menyampaikan lagu-lagu berunsur kerohanian,keagamaan dan ketuhanan dengan usaha untuk menyedarkan umat Islam menerusi lagu-lagu hasil ciptaan mereka.
Tidak kurang juga apabila ada segelintir pihak yang mengatakan klip video Mirwana iaitu Tika Masanya(feat Hujan) mempunyai unsur-unsur tahyul.Tetapi bagi saya,selaku salah seorang peminat setia Mirwana yang juga insan yang sering mengikuti perkembangan mereka sama sekali tidak menganggap video tersebut mengadingi unsur-unsur tersebut.walaupun telah berulang kali saya menyaksikan video tersebut,namun masih tiada satu pun unsur tahyul yang dipamerkan dalam video tersebut - mungkin pendapat saya tidak sama dengan pendapat mereka di luar sana,tetapi ini hanyalah pendapat peribadi sahaja.)
Bukan itu sahaja,sewaktu berlangsungnya peringkat Separuh Akhir MuzukMuzik yang diadakan pada bulan November tahun lalu,pihak juri seolah-olah mempertikaikan rentak pergerakan Mirwana sewaktu mereka mempersembahkan lagu Manifestasi Cinta(Fiq feat Mirwana) dan Tika Masanya.Mereka (juri) mengatakan bahawa pergerakan Mirwana di atas pentas seolah-olah terlalu aktif atau dalam erti kata lain.terlalu lincah.Tetapi,bila dilihat persembahan artis-artis lain yang turut bertanding juga tidaklah sehebat persembahan Mirwana. Persembahan mereka(artis-artis lain) sepertinya kaku kerana terlalu mengikut feel lagu mereka.tapi yang sedihnya,kenapa mesti Mirwana yang diberi komen sebegitu rupa?Ini yang membuatkan saya tidak berpuas hati dengan komen dari pihak juri sehingga mereka sanggup mengatakan bahawa persembahan Fiq dan Mirwana ketika itu seolah-olah tidak sesuai untuk lagu tersebut.Tetapi kenapa mereka(juri) lebih merujuk kepada persembahan mereka berbanding maksud yang terkandung dalam lagu tersebut?malah ada rakan-rakan saya yang sedih kerana kedua-dua lagu tersebut( Tika Masanya - feat Hujan dan Manifestasi Cinta -Fiq feat Mirwana) tidak dapat melayakkan diri untuk ke peringkat akhir.
jadi,kepada mereka di luar sana,jangan sesekali memandang rendah terhadap lagu yang cuba disampaikan oleh Mirwana(kerana saya juga turut merasa tempiasnya walaupun saya cuma peminat setia yang sangat setia dengan Mirwana).Belum dengar belum tahu maksud yang tersirat dalam lagu-lagu mereka...
No comments:
Post a Comment